Langkau ke kandungan utama
Kongsikan
Pada hari ini, Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh tiga (3) tahun, bermula dari tahun 2026 hingga 2028, susulan kejayaan memenuhi ketetapan Piawaian Pelancongan ASEAN dalam kategori berkenaan.
Pencapaian ini merupakan hasil komitmen berterusan MPS dalam memperkukuh aspek kebersihan, pengurusan persekitaran dan kelestarian kawasan pelancongan, sekali gus menyokong usaha menjadikan Segamat sebagai destinasi yang bersih, selesa dan menarik untuk dikunjungi.
Pengiktirafan tersebut telah disampaikan dalam Majlis Anugerah ASEAN Tourism Standards Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada hari ini di Dewan Sanggar Pujangga, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Hadir menerima anugerah bagi pihak MPS ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat.
Turut hadir ialah Yang Mulia Ungku Mohamed Alif bin Ungku Farouk, Setiausaha Majlis Perbandaran Segamat, Mohd Aidil bin Datuk Haji Othman dan Thang Sin Fong, Ahli Majlis MPS serta Mohd Firdaus bin Zainal, Ketua Jabatan, Jabatan Kesihatan Persekitaran MPS.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor