Langkau ke kandungan utama
Kongsikan

 

 

Pada 16 November 2026 (Isnin), Majlis Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Opero Hotel Southkey, Johor Bahru. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Dengan mengangkat tema “Bandar Kita, Masa Depan Kita: Bersama Melakar Malaysia Makmur, Berdaya Tahan dan Sejahtera”, sambutan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh komitmen dan kerjasama semua pihak ke arah merealisasikan pembangunan bandar yang mampan, berdaya tahan, inklusif serta berteraskan kesejahteraan rakyat.
Pada majlis tersebut, penghargaan turut diberikan kepada kesemua 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor atas pencapaian Tahap 1 Bandar Pintar (Early Adopter) serta kejayaan mengekalkan status Tahap Mampan.
Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah menerima dua pengiktirafan, iaitu Anugerah Bandar Mampan dan Anugerah Khas Bandar Paling Mampan Peringkat Negeri Johor Tahun 2026.
Anugerah Khas Bandar Paling Mampan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen serta usaha berterusan MPS dalam memperkukuh agenda pembangunan bandar mampan. Lebih membanggakan, MPS turut menduduki tempat kedua di peringkat kebangsaan, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat telah hadir menerima kedua-dua pengiktirafan bagi pihak MPS.
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat MPS dan seluruh warga Segamat, sekali gus menjadi pemangkin untuk terus mempertingkatkan mutu perancangan dan pengurusan bandar, memperkasa inisiatif bandar pintar serta memastikan pembangunan yang mampan demi mewujudkan persekitaran bandar yang berkualiti, sejahtera dan lestari untuk masyarakat.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor