PEMBAHARUAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN BAGI TAHUN 2027

Majlis Perbandaran Segamat (MPS) ingin memaklumkan kepada semua pemegang lesen premis perniagaan bahawa urusan pembaharuan lesen bagi tahun 2027 boleh dibuat seperti ketetapan berikut:
📅 Tempoh: 1 November 2026 hingga 31 Mac 2027
📍 Tempat: Kaunter Pelesenan, MPS
🗓️ Hari: Isnin hingga Jumaat
⏰ Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang
📋 Dokumen yang perlu dibawa:
1. Salinan lesen perniagaan tahun sebelumnya.
2. Bukti pembayaran cukai taksiran terkini.
3. Salinan Sijil Pendaftaran Kempen Tiada Beg Plastik Percuma (bagi premis yang terlibat).
⚠️ PERINGATAN - Semua pemegang lesen hendaklah menjelaskan tunggakan cukai taksiran dan kompaun sebelum membuat pembaharuan lesen.
Tindakan kompaun dan penguatkuasaan akan diambil sekiranya lesen tidak diperbaharui selepas 31 Mac 2027.
☎️ Pertanyaan: 07-906 3333 / 07-906 3334
Kerjasama semua pemegang lesen untuk membuat pembaharuan dalam tempoh yang ditetapkan amatlah dihargai.


JENIS-JENIS LESEN YANG DITAWARKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT