Langkau ke kandungan utama
Kongsikan

PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK MPS

Pengenalan

Majlis Perbandaran Segamat (MPS) komited dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat melalui pelaksanaan Program Jelajah Prihatin – Kaunter Bergerak Majlis Perbandaran Segamat.

Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang awam, khususnya para peniaga di pasar awam dan penduduk setempat, untuk mendapatkan perkhidmatan serta melaksanakan urusan pembayaran tanpa perlu hadir ke pejabat MPS.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Melalui program ini, pelbagai kemudahan perkhidmatan ditawarkan, antaranya:

  1. Pembayaran lesen perniagaan.
  2. Pembayaran sewa pasar.
  3. Pembayaran cukai taksiran.
  4. Pembayaran kompaun.
  5. Khidmat rundingan, pertanyaan dan penerimaan aduan awam.

Bagi memastikan urusan pembayaran lebih mudah, cepat dan efisien, MPS turut menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui kod QR. Kaedah ini dapat mempercepatkan transaksi, meningkatkan ketepatan rekod pembayaran serta mengurangkan risiko kesilapan pengendalian tunai.

Pelaksanaan Program

Program Kaunter Bergerak dilaksanakan secara turun padang dengan penglibatan beberapa jabatan MPS, iaitu:

  • Jabatan Pelesenan
  • Jabatan Kewangan
  • Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
  • Jabatan Penguatkuasaan

Pendekatan ini membolehkan pihak MPS berinteraksi secara langsung dengan masyarakat, mengenal pasti keperluan setempat serta menerima dan menangani aduan awam dengan lebih berkesan.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Perbandaran Segamat dalam menyediakan perkhidmatan yang mesra rakyat, mudah diakses, cekap dan responsif demi kesejahteraan komuniti setempat.

Maklumat lokasi, tarikh dan masa pelaksanaan Kaunter Bergerak akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Majlis Perbandaran Segamat.