27 Jun 2022
Program meraikan petugas Southern Volunteers Daerah Segamat bagi DUN Kemelah Sempena Bantuan Beras Bangsa Johor telah diadakan pada hari ini. Program tersebut dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berhormat Saraswati Nallathamby, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kemelah seterusnya penyampaian sijil kepada semua sukarelawan Southern Volunteers, Penghulu dan Ketua-ketua Kampung DUN Kemelah.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Hj Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat, YM Ungku Mohd Tahir Bin Ungku Mohd Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat merangkap Pengerusi Southern Volunteers Daerah Segamat dan En Nor Sofian Bin Abdul Manan, Pegawai Penerangan Daerah Segamat.
Turut hadir ke majlis adalah Penghulu Mukim Pogoh, Penghulu Mukim Sungai Segamat, Ketua-ketua Kampung serta barisan sukarelawan Southern Volunteers.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor