MENU

Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Segamat 2030 (Penggantian)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Segamat 2030 (Penggantian).

Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Segamat 2030 (Penggantian) telah disempurnakan oleh YAB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian, Menteri Besar Johor pada 10 Februari 2019 di Dewan Kampung Abdullah, Segamat, Johor

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput untuk memberikan pandangan dan idea ke atas cadangan pembangunan yang telah digariskan dalam draf RTD ini agar dapat memastikan pelaksanaan perancangan yang dibuat bersama dapat direalisasikan dengan jayanya.

Untuk semakan, pandangan dan cadangan boleh dibuat melalui aplikasiSegamat 2030 di telefon pintar atau terus ke :

  1. Pejabat Majlis Perbandaran Segamat
  2. Majlis Daerah Labis
  3. Pejabat Tanah Segamat
  4. Pejabat Tanah dan Daerah Kecil Labis
  5. PLANMalaysia@JOHOR

Bermula 10 Februari 2019 sehingga 10 Mac 2019 pada waktu pejabat.

 

Borang Penyertaan Awam / Bantahan.pdf

RTD SEGAMAT 2030 (PENGGANTIAN) UNTUK CETAKAN

 

 

Links

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA