MENU

 

🌟MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL TEKSTIL SEGAMAT 2025 🌟

📅Tarikh: 13 Januari 2025 (Ahad)

🕘Masa: 11.00 pagi

📍Lokasi: Dataran Segamat

Pada 13 Januari 2025, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Karnival Tekstil Segamat 2025, yang telah dihadiri oleh wakil-wakil jabatan Kerajaan, NGO, dan warga Segamat. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Anuar Bin Abd Manap, ADUN Pemanis.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Puan Ng Kor Sim, ADUN Jementah, Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat, Tuan Haji Mohd Helmi Bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari, Ketua-ketua Jabatan Daerah Segamat, wakil-wakilnya, serta seluruh warga Segamat.

✨Program Majlis Perasmian:

Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dengan Persembahan Zapin di bawah bimbingan Yayasan Warisan Johor, menyambut kehadiran semua jemputan dengan penuh tradisi dan keindahan seni budaya.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan:

✅Ucapan alu-aluan daripada Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat

✅Ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Tuan Haji Anuar Bin Abd Manap

🎯Aktiviti dan Penyampaian Penghargaan:

1️⃣Upacara Menandatangani MOU Johor Bersih antara Majlis Perbandaran Segamat dan Pejabat Pendidikan Daerah Segamat

2️⃣Penyampaian Intensif Institusi Pendidikan Hijau

3️⃣Penyampaian Intensif Kebun Komuniti

4️⃣Penyampaian hadiah bagi Cabutan Bertuah Pembayar Cukai Secara Atas Talian

5️⃣Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Rekacipta Baju Kurung Johor Lelaki dan Wanita

Majlis ini menampilkan pelbagai program menarik yang bukan sahaja mempromosikan industri tekstil tempatan tetapi juga menyemarakkan semangat komuniti.

Semoga bertemu lagi di dalam Festival Tekstil Segamat yang akan datang dan terus menyokong usaha memartabatkan warisan budaya kita!

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

Links

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA