MENU

Kepada yang berminat untuk menjalankan perniagaan, Majlis Daerah Segamat menawarkan ruang/ tempat/ premis perniagaan untuk disewa. Tawaran urusniaga sebagaimana berikut :-

Bil Premis Kuota Jenis Perniagaan
1. 5 UNIT GERAI MAKAN LEBUHRAYA SEGAMAT-KUANTAN TERBUKA MAKANAN & MINUMAN

 

Majlis Daerah Segamat menawarkan premis tersebut kepada pemohon yang berminat dan berkelayakan.

  1. KELAYAKAN
    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan penduduk tempatan diberi keutamaan.
  2. SYARAT-SYARAT PERNIAGAAN
    • Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Segamat.
  3. CARA MEMOHON
    • Permohonan hendaklah di buat dengan menggunakan Borang Permohonan Sewaan Bangunan / Premis, yang boleh diperolehi di kaunter 8 Majlis Daerah Segamat secara percuma.
  4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    • Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke kaunter 8 Majlis Daerah Segamat, sebelum atau pada 29 SEPTEMBER 2016 (Khamis) jam 12.00 tengahari.
  5. PEMILIHAN
    • Hanya permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

 

Links

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA