Kepada yang berminat untuk menjalankan perniagaan, Majlis Daerah Segamat menawarkan ruang/ tempat/ premis perniagaan untuk disewa. Tawaran urusniaga sebagaimana berikut :-
Bil | Premis | Kuota | Jenis Perniagaan |
1. | 5 UNIT GERAI MAKAN LEBUHRAYA SEGAMAT-KUANTAN | TERBUKA | MAKANAN & MINUMAN |
Majlis Daerah Segamat menawarkan premis tersebut kepada pemohon yang berminat dan berkelayakan.
- KELAYAKAN
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan penduduk tempatan diberi keutamaan.
- SYARAT-SYARAT PERNIAGAAN
- Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Segamat.
- CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah di buat dengan menggunakan Borang Permohonan Sewaan Bangunan / Premis, yang boleh diperolehi di kaunter 8 Majlis Daerah Segamat secara percuma.
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke kaunter 8 Majlis Daerah Segamat, sebelum atau pada 29 SEPTEMBER 2016 (Khamis) jam 12.00 tengahari.
- PEMILIHAN
- Hanya permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.