MENU

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Cukai jualan semua jenis telefon bimbit sebanyak 10 peratus dihapuskan tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika ini hanya telefon bimbit yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti Internet dan personal digital assistant (PDA) sahaja tidak dikenakan sebarang cukai jualan. Justeru, ia dilakukan bagi tujuan penyelarasan.

Bagi meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), katanya, kerajaan sedia memperuntukkan RM119 juta untuk melaksanakan program MY Creative Content.

Ini bagi menggalakkan pembangunan penciptaan kandungan tempatan, perumah kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

Najib berkata, kerajaan akan melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar.

Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar, juga dilanjutkan selama dua tahun sehingga 2012, tambah beliau.

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA