MENU

Program Anugerah Sekolah Hijau merupakan program pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di sekitar Majlis Perbandaran Segamat ke atas Laporan Pemeliharaan Alam Sekitar dan Pelan Penambahan yang disediakan oleh pelajar.

Pelaksanaan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam memelihara alam sekitar di peringkat sekolah.

Anugerah Khas akan diberikan berdasarkan kepada kriteria yang berikut:-

  1. Kitar Semula
  2. Inovasi dan Kreativiti
  3. Kebersihan dan Penghijauan
  4. Penglibatan Komuniti

Penganugerahan ini berasaskan kepada pendekatan secara holistik bagi pengurusan alam sekitar dan menggalakkan penambahbaikan berterusan melalui pengurangan sisa-sisa, pemeliharaan sumber dan lain-lain lagi.

Pihak Sekolah adalah digalakkan menyertai penganugerahan ini sebagai tanda sokongan kepada usaha penjagaan alam sekitar. Penyertaan ini boleh dilakukan dengan melengkapkan borang penyertaan yang dikemukakan bersama ini.

borang_penyertaan_sekolah_hijau_2019.pdf

borang_penyertaan_sekolah_hijau_2019.pdf

3r_takakura.pdf

3r.pdf

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA