MENU

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012

        Pada 23 Ogos 2013 yang lalu, Majlis Daerah Segamat telah mengadakan Jamuan Hari Raya & Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 serta meraikan Bakal Haji, 30 Tahun Perkhidmatan dan Bakal Pesara. Program diadakan di Dewan Serbaguna Segamat, Segamat.


Program dirasmikan dengan ucapan Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat, En Ismail Bin Abu.Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan Penyampaian hadiah Pertandingan Masak Rendang 5S, kemudian Penyampaian Hiasan Aidilfitri yang diselang-selikan dengan cabutan bertuah. Selepas itu, diteruskan dengan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Bakal Haji, 30 Tahun Perkhidmatan dan Bakal Pesara.


Disamping itu, Majlis turut disajikan dengan dendangan lagu yang dialunkan ketika tetamu mejamu selera. Antara menu yang disajikan, nadi beriani, sate, mee rebus, ais krim dan sebagainya.


Majlis disudahi dengan gimik Pelancaran Manual Pandual Amalan 5S, Pemerian Duit Raya oleh Yang Dipertua MDS dan Setiausaha MDS dan Cabutan Bertuah Utama yang mana diantara hadiah utama berbentuk basikal ‘Fixie', Mesin Basuh, Telefon Pintar ‘Tab' dan banyak lagi hadiah yang menarik.

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA