MENU

KARNIVAL SEMPENA FINAL PIALA FA DI ANTARA PASUKAN JOHOR DT DAN KELANTAN

Sempena perlawanan akhir diantara Pasukan Johor DT dan Kelantan yang berlangsung pada 29 JUN 2013 yang lalu, pihak pengurusan Majlis Daerah Segamat bersama Persatuan Bola Sepak Daerah Segamat telah menganjurkan Karnival Bola Sepak bagi menyokong dan menyerapkan semangat kesukanan bagi penduduk di Segamat. Karnival dimulakan seawal pagi dengan Perlawanan Futsal Bawah 17 tahun dan Majlis Perlepasan Penyokong JDT seramai 18 bas di Dataran Segamat.

 

 

 

Malam tersebut berlangsungnya tayangan tiga skrin gergasi bagi penyokong-penyokong bola sepak di Segamat berkumpul untuk menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka. Karnival yang diselitkan dengan Bazar Karat juga memberi peluang kepada peniaga-peniaga di Segamat untuk berniaga sempena karnival ini.

 

 

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA