Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah menyediakan Senarai Nilaian Baru di bawah Seksyen 141, Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi kawasan pentadbiran MPS yang akan berkuatkuasa mulai 01 JANUARI 2025.
Sekiranya pemunya atau penduduk atau mana-mana wakil atau ejen yang pegangannya termasuk dalam Senarai Nilaian tersebut boleh membuat semakan di Pejabat Majlis Perbandaran Segamat pada masa hari bekerja dan membuat cabutan daripadanya.
Sesiapa yang terkilan kepada penilaian bagi sesuatu pegangan yang dikenakan dalam Senarai Nilaian tersebut boleh menurut Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1976 membuat bantahan secara bertulis kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Segamat pada atau sebelum 14 NOVEMBER 2024.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor