Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat.