MENU
Majlis Perbandaran Segamat (MPS) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 November 2025, pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) adalah WAJIB bagi semua urusan:
  • Perolehan Bekalan
  • Perkhidmatan (Perunding & Bukan Perunding)
  • Kerja

Apa itu TCC?

TCC ialah sijil yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebagai pengesahan bahawa syarikat/kontraktor mematuhi semua kewajipan cukai yang ditetapkan.

Mengapa TCC Diperlukan?

Langkah ini adalah selaras dengan usaha MPS meningkatkan tadbir urus, ketelusan, serta mematuhi peraturan perolehan kerajaan. Hanya syarikat yang mempunyai TCC yang sah dibenarkan menyertai proses sebut harga/tender, pendaftaran kontraktor, serta pembayaran kontrak di MPS.

Mari bersama MPS memastikan urus tadbir kewangan yang telus dan berintegriti demi kemajuan Segamat.

sijil_pematuhan_tcc_kontraktor_dan_pembekal.pdf

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA