KAD MUAFAKAT JOHOR
MENGENAI KAD MUAFAKAT JOHOR
Kad Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan mereka untuk menaiki bas tersebut secara percuma. Caj minimum tahunan kad akan dikenakan. Kad ini tidak boleh dijual kepada orang lain. Penggunaan kad ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang yang akan berfungsi sebagai kad elektronik bagi urusniaga tanpa tunai.
Bagi tempoh percubaan bermula 1 April sehingga 30 Jun 2016, anda boleh menggunakan kad pengenalan Malaysia (Biru) bagi menaiki Bas Muafakat Johor. Penggunaan Kad Muafakat Johor adalah di wajibkan selepas tempoh percubaan.
PENDAFTARAN KAD MUAFAKAT JOHOR
Untuk pendaftaran kad, anda akan diminta mengisi butiran maklumat peribadi. Maklumat-maklumat tersebut akan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sebarang maklumat yang diisi atau dikumpul adalah tertakluk kepada dasar privasi PAJ. PAJ mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan kepada dasar privasi.
Bagi pendaftaran, anda boleh dapatkan Kad Muafakat Johor di tempat-tempat berikut mulai Mac 2016. Sila periksa laman sesawang dari semasa ke semasa.
PENGGUNAAN KAD MUAFAKAT JOHOR
Penumpang Bas Muafakat Johor dikehendaki untuk mempamerkan dan menyentuh Kad Muafakat Johor di tempat yang disediakan setiap kali mereka naik dan turun bas. Kegagalan mempamer dan menyentuh Kad Muafakat Johor akan menyebabkan penumpang tidak dapat menikmati perkhidmatan bas percuma ini.
MAKLUMAN PENTING
UNTUK MAKLUMAN, PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN KAD BAS MUAFAKAT JOHOR TELAH DITUTUP. SILA DAFTAR KAD ANDA DI KAUNTER BERDEKATAN.
KEPADA YANG TELAH MENDAFTAR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) SEBELUM INI, SILA AMBIL KAD ANDA DI PEJABAT PAJ ATAU KAUNTER BERHAMPIRAN ANDA.
KAUNTER PENDAFTARAN DAN PENGAMBILAN KAD BAS MUAFAKAT JOHOR
Tempat | Tarikh | Masa Operasi |
---|---|---|
PEJABAT PERBADANAN PENGANGKUTAN AWAM JOHOR (PAJ), NO. 1-01, JALAN SRI PERKASA 2/2, TAMAN TAMPOI UTAMA, 81200 JOHOR BAHRU | Waktu Pejabat | Ahad-Rabu : 8.30PAGI - 5.00PETANG
Khamis : 8.30PAGI- 3.30PETANG |
TERMINAL PASIR GUDANG (KAUNTER MAJU EXPRESS) | ISNIN-JUMAAT | 9.00PAGI - 2.00PETANG |
TERMINAL JB SENTRAL (KAUNTER CAUSEWAY LINK) | SETIAP HARI | 5.30PAGI - 9.30MALAM |
TERMINAL LARKIN SENTRAL (KAUNTER CAUSEWAY LINK) | SETIAP HARI | 09:00PAGI - 08:00MALAM |
MALL OF MEDINI (CONCOURSE ENTRANCE) (NO 4 LEBUH MEDINI UTARA, MEDINI ISKANDAR MALAYSIA,79200 ISKANDAR PUTERI JOHOR DARUL TA'ZIM, MALAYSIA) | SETIAP HARI | 10:00PAGI - 08:00MALAM |
KSL CITY MALL (KSL CITY 33 JALAN SELADANG, TAMAN ABAD, 80250, JOHOR BAHRU, JOHOR.) | SETIAP HARI | 9.00PAGI - 8.00MALAM |
GIANT HYPERMARKET NUSA BESTARI | SETIAP HARI | 10.30PAGI - 9.30MALAM |
JB SENTRAL CIQ (JALAN SULTAN IBRAHIM (DI ANTARA JALAN SAWMILL & JALAN TUN ABDUL RAZAK, 80300 JOHOR BAHRU) | SETIAP HARI | 4.00PAGI - 10.00MALAM |
STUDENT MALL UTM (LOT 10, STUDENT MALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM) | AHAD-RABU | 12.00TENGAHHARI - 8.00MALAM |
TERMINAL BAS DAN TEKSI GELANG PATAH (Kaunter Handal Indah/Causewaylink) | Isnin-Ahad | 4.30 pagi -10.30 malam |
CAJ TAHUNAN KAD MUAFAKAT JOHOR
-
RM10.00 Dewasa
-
RM5.00 Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas), Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kanak-kanak sekolah (berumur 7-17 tahun),
-
Percuma Kanak–kanak 6 tahun ke bawah