MENU

 

Majlis Perbandaran Segamat (MPS) adalah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Johor berautonomi sendiri dengan keluasan kawasan pentadbiran seluas 265.53 km persegi (66,275 ekar) berdasarkan kepada kelulusan Kerajaan Negeri No. PW. 1956 JPU 44 31/8/89. Bilangan penduduk yang dicatatkan adalah seramai 189,920 orang berdasarkan Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, 2010 oleh Jabatan Perangkaan Negara.

 

Kawasan operasi MPS berkeluasan 148.20 kilometer persegi dengan 70.10 kilometer persegi adalah di Bandar Segamat manakala 78.10 kilometer persegi adalah di kawasan pusat-pusat kecil.  Kawasan kawalan MPS pula iaitu kawasan yang tidak diberikan perkhidmatan tetapi tertakluk kepada kepada undang-undang kecil MPS pula berkeluasan 1,268.28 kilometer persegi. Luas keseluruhan kawasan MPS adalah 1,416.48 kilometer persegi.

 

MPS pada asalnya adalah sebuah Lembaga Bandaran yang ditubuhkan pada tahun 1912 bagi mendaftar kenderaan dan anjing, mengadakan lampu jalan, menguruskan bekalan air, perkhidmatan Bomba dan pasar awam.  Hanya pada tahun 1925, pengawalan kesihatan awam dijadikan sebagai salah satu fungsinya utamanya. Seterusnya pada tahun 1935, pengawalan jalan-jalan kepunyaan awam dan persendirian, bangunan, memajukan bandar, perancangan bandar serta perkhidmatan dan kemudahan lain pula ditambah kepada senarai fungsi dan tanggungjawabnya.

 

Pada tahun 1951, ia dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran dengan berkuatkuasanya Ordinan Pilihanraya Penguasa Tempatan 1950 hingga 31.12.1970.  Pada 1.1.1977, melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), ia menjadi sebuah Kerajaan Tempatan dengan nama Majlis Daerah Segamat Utara.  Manakala pada 30 November 2000, nama Majlis Daerah Segamat Utara ditukar sebagai Majlis Daerah Segamat. Pada 1 Januari 2018 pula, Majlis Daerah Segamat telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Segamat.

 

Majlis Perbandaran Segamat terdiri daripada :-

• Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Segamat, Segamat (Pusat Pentadbiran)

• Pusat Kecil Buloh Kasap

• Pusat Kecil Gemas Baru

• Pusat Kecil Jementah        

 

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA