MENU

SIMBOL

KETERANGAN

MAHKOTA

 

MELAMBANGKAN KEDAULATAN DULI YANG MAHA MULIA (DYMM) SULTAN YANG MEMERINTAH NEGERI JOHOR DAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT DI BAWAH NAUNGANNYA.

DUA EKOR HARIMAU

 

DUA EKOR HARIMAU (KIRI DAN KANAN) MELAMBANGKAN KEKUATAN DAN KEBERANIAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT DALAM MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG YANG DIPERUNTUKKAN.

PERISAI BENDERA DAERAH SEGAMAT

 

 

MERAH, PUTIH DAN KUNING MERUPAKAN WARNA BENDERA DAERAH SEGAMAT.

 

BULAN SABIT DAN BINTANG MELAMBANGKAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN BERTERASKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.

 

PERISAI MELAMBANGKAN BENTENG DAN KEKUATAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT DALAM MENJADI PENGGERAK KEMAJUAN RAKYAT YANG HIDUP BERMUAFAKAT SELARAS DENGAN IDENTITI BANGSA JOHOR DI DAERAH SEGAMAT.

 

TULISAN JAWI

&

MOTO KHIDMAT UNTUK RAKYAT

IDENTITI TULISAN JAWI MELAMBANGKAN AGAMA, JATI DIRI DAN BUDAYA YANG HARUS DIPELIHARA.

KHIDMAT UNTUK RAKYAT MERUPAKAN MOTO MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT YANG MELAMBANGKAN KEIKHLASAN, INTEGRITI DAN KETELUSAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT.

SIMBOL PERBANDARAN

 

MELAMBANGKAN KETEGUHAN DAN KEKUATAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT DALAM MEWUJUDKAN PERBANDARAN TERANCANG, BERBUDAYA, SEJAHTERA DAN LESTARI BERASASKAN PEMBANGUNAN BERKEMAJUAN.

LADA HITAM

MELAMBANGKAN IDENTITI SEJARAH NEGERI JOHOR.

 

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA