MENU

Misi MPS

 

Misi MPS adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan efektif dalam membangun dan mengurus kawasannya dengan:
 
  1. Meningkatkan kualiti hidup masyarakat dengan penyediaan perkhidmatan perbandaran yang terbaik, kawalan kesihatan yang komprehensif dan juga penyediaan prasarana dan infrastruktur yang berkualiti.
  2. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan sektor perdagangan dan juga perindustrian dengan menyediakan dasar dan polisi yang mesra bisnes bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
  3. Menguatkuasakan undang-undang secara telus, adil dan berintegriti bagi memastikan kawasan pentadbirannya terurus selain membentuk masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang.
  4. Mengawal, menyelaras dan memantau aktiviti pembangunan dan juga perniagaan bagi mewujudkan alam persekitaran yang bersih dan indah.
  5. Memastikan sistem perhubungan yang menyeluruh dan berkesan bagi meningkatkan tahap mobiliti dan aksessibiliti penduduk dalam kawasan MPS.
  6. Membina organisasi yang berprestasi tinggi, cekap dan mesra pelanggan.

 


 

Visi MPS

 

SEGAMAT BERSIH SEGAR DAN SEJAHTERA

 

Visi MPS ini menetapkan satu halatuju yang diharapkan dapat dicapai menjelang tahun 2020 seiring dengan gagasan Johor Berkemajuan sebagaimana hasrat Kerajaan Negeri. Visi ini merangkumi tiga komponen utama iaitu bersih, segar dan sejahtera bagi mencapai kemakmuran masyarakat di Daerah Segamat terutama di dalam kawasan pentadbiran MPS.

Bersih membawa pengertian yang luas ia merangkumi aspek kebersihan persekitaran dan kawalan kesihatan yang komprensif. Ini termasuklah menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah, pembersihan parit serta longkang dan pemotongan rumput serta penguatkuasaan bersepadu untuk memastikan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan persekitaran.

Segar dalam aspek persekitaran termasuklah keindahan dan keceriaan. Memantapkan program pembangunan bandar dengan menyelenggara keindahan bandar dan kemudahan rekreasi seperti taman-taman awam, hiasan landskap, mengecat bangunan lama, meningkatkan kemudahan prasarana dan dalam masa yang sama memberi perhatian terhadap perkhidmatan yang berkualiti.

Sejahtera dalam konteks ini, membawa maksud sejahtera daripada aspek  kesihatan, persekitaran, keselamatan, keharmonian dan pencapaian ekonomi. Dengan itu akan dapat memperbaiki kualiti kehidupan masyarakat. Apabila maksud ini dapat dicapai maka kemakmuran, kelestarian dan kesejahteraan akan wujud secara langsung.

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA