MENU
PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL BAGI KERJA DAN BEKALAN DI MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT BAGI TAHUN 2025
 

1. Tujuan Pendaftaran

Kontraktor dan pembekal yang ingin menyertai sebarang tawaran yang melibatkan kerja dan
bekalan dalam Majlis Perbandaran Segamat adalah diwajibkan membuat pendaftaran di Unit
Perolehan, Majlis Perbandaran Segamat terlebih dahulu. Pendaftaran ini bertujuan untuk
penyimpanan rekod dan maklumat oleh jabatan ini bagi mempermudahkan segala urusan
yang berkaitan.
 

2. Dokumen Pendaftaran Perniagaan

Dokumen yang perlu disertakan dan dilampirkan bersama borang pendaftaran adalah seperti
berikut:­
a) 1 Salinan Sijil SSM yang masih dalam tempoh sah laku
b) 1 Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih dalam tempoh sah laku
c) 1 Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor daripada CIDB yang masih dalam
tempoh sah laku
d) 1 Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan daripada CIDB yang masih dalam tempoh sah
laku
e) 1 Salinan Sijil Taraf Bumiputera daripada PKK yang masih dalam tempoh sah laku
Hanya kontraktor dan pembekal yang berdaftar sahaja layak untuk menyertai sebarang
tawaran kerja dan bekalan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Segamat. Pendaftaran
boleh dibuat sehingga 31 Mac 2025. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah
dihantar ke Unit Perolehan, Majlis Perbandaran Segamat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi
UnitPerolehan di talian 07-9063333.
 

Borang Pendaftaran

Borang boleh diperolehi di Kaunter Unit Perolehan, Majlis Pebandaran Segamat atau boleh
dimuat turun di sini dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00.
 
 

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA