LAWATAN BERSAMA BAGI PEMANTAUAN LAMPU JALAN DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT
TARIKH : 7 JANUARI 2025
Lawatan bersama bagi pemantauan lampu jalan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Segamat telah berjaya dilaksanakan. Lawatan ini bertujuan memastikan keberkesanan fungsi lampu jalan di seluruh kawasan berkenaan serta mengambil tindakan segera terhadap sebarang isu yang dikenal pasti.
Lawatan ini melibatkan kerjasama erat antara pelbagai agensi dan pihak berkepentingan. Turut hadir adalah Encik Mohd Fazle Bin Mohd Yusop, Setiausaha Majlis Perbandaran Segamat, Jabatan Bangunan Dan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Segamat, wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Segamat, serta Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd.
Aktiviti pemantauan ini bukan sahaja penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk, tetapi juga bagi memperkukuhkan perkhidmatan infrastruktur yang berkualiti di kawasan Majlis Perbandaran Segamat. Dengan semangat kerjasama ini, pihak majlis berusaha untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan lampu jalan dengan kadar yang segera demi kesejahteraan komuniti.
Majlis Perbandaran Segamat komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kemudahan dan keselamatan rakyat.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor