PROGRAM GOTONG ROYONG KEBERSIHAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT
TARIKH : 10 JANUARI 2025
JUMAAT - Majlis Perbandaran Segamat telah mengadakan program gotong royong untuk membersihkan kawasan pejabat Majlis Perbandaran Segamat. Turut serta dalam program ini adalah Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato' Haji Sha'ri @ Shangari, dan Tuan Setiausaha, Encik Mohd Fazle bin Mohd Yusop, bersama ketua jabatan dan kakitangan MPS.
Terima kasih kepada semua yang terlibat! Mari kita terus menjaga kebersihan dan keindahan kawasan kita.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor