MENU

 

PROGRAM JELAJAH PRIHATIN PEMBUKAAN KAUNTER BAYARAN DI PASAR AWAM JEMENTAH | 16 JANUARI 2025 | KHAMIS

Program Jelajah Prihatin Pembukaan Kaunter Bayaran Lesen Majlis Perbandaran Segamat diadakan pada hari ini bermula jam 09:00 pagi sehingga jam 11.00 pagi bertempat di Pasar Awam Jementah.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kemudahan perkhidmatan bayaran lesen, sewa pasar, cukai taksiran dan bayaran kompaun kepada penduduk setempat terutama para peniaga di pasar-pasar awam dan juga kawasan sekitarnya.

Pihak Majlis juga telah menyediakan kemudahan pembayaran melalui aplikasi kod QR, yang memudahkan urusan transaksi dengan lebih cepat dan efisien. Selain itu, ia turut mengurangkan risiko kesilapan dalam proses pendaftaran tunai yang sering berlaku akibat kesilapan manusia.

Program ini merupakan salah satu program turun padang bersama jabatan-jabatan seperti Jabatan Pelesenan, Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Jabatan Penguatkuasaan bagi melihat sendiri keperluan atau menangani aduan awam.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA