MENU

 

OPERASI BERSEPADU TINDAKAN PENGUATKUASAAN HALANGAN KENDERAAN BERAT BERSAMA JPJ CAWANGAN SEGAMAT| 27 JANUARI 2025 | ISNIN

Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan telah menjalankan Operasi Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan Halangan Kenderaan Berat bersama JPJ Cawangan Segamat bertempat di Taman Yayasan Dan Bukit Siput Segamat Johor Darul Ta’zim.

Hasil siasatan mendapati, pemilik atau pemandu telah meletak kenderaan berat di tempat yang tidak dibenarkan khususnya dalam kawasan perumahan sehingga menyebabkan halangan dan kerosakan pada struktur jalan awam. Selain itu, mereka tidak menyediakan segi tiga keselamatan.

Tindakan kompaun turut dikeluarkan oleh pihak MPS agar pemilik atau pemandu kenderaan berat mematuhi peraturan di bawah Undang- Undang Kecil Taman (MDSU) 1987 dan pihak JPJ telah mengeluarkan Notis 23 sebanyak 8 Notis Kesalahan.

Sehubungan itu pemantauan dan tindakan penguatkuasaan berkala akan dijalankan secara berterusan demi memastikan kawasan pentadbiran MPS sentiasa terkawal selaras dengan tindakan penguatkuasaan yang tegas dan prihatin demi mengawal aduan awam dan aliran trafik lalulintas secara berkesan.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA