MENU

 

OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN | 28 JANUARI 2024 | SELASA

Majlis Perbandaran Segamat telah menjalankan operasi pemeriksaan kebersihan premis makanan sempena sambutan Tahun Baru Cina di sekitar Zon Kampung Abdullah. Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Penguatkuasa & Keselamatan serta Jabatan Pelesenan MPS bagi memastikan premis makanan mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan.

Pemeriksaan melibatkan medan selera dan gerai penjaja bagi menilai tahap kebersihan serta pematuhan kepada peraturan pengendali makanan. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan berkaitan kebersihan premis dan pengendalian makanan.

Operasi ini bertujuan memastikan premis makanan dan tandas awam berada dalam keadaan bersih, selesa serta selamat untuk pengunjung. Selain itu, ia juga bagi memastikan pengendali makanan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pemeriksaan turut dilakukan bagi memastikan setiap premis yang beroperasi mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Operasi pemeriksaan kebersihan ini akan terus dilaksanakan secara berperingkat dan diperluaskan ke seluruh kawasan operasi Majlis Perbandaran Segamat bagi memastikan tahap kebersihan premis makanan sentiasa terjaga demi kesejahteraan semua. Sama-sama kita jaga kebersihan dan keselamatan makanan untuk keselesaan serta kesihatan masyarakat.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA