MENU

 

PROGRAM JOM BAYAR CUKAI | 06 FEBRUARI 2025 | KHAMIS

Jabatan Kewangan (Unit Tunggakan Cukai), Jabatan Penguatkuasaan, serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menganjurkan Program Jom Bayar Cukai. Program ini dipimpin oleh Encik Mohd Fazle Bin Mohd Yusop, Setiausaha Majlis Perbandaran Segamat, dan berlangsung di kawasan Taman Permai, Taman Sejati, dan Taman KSM, Batu Anam.

Program ini bertujuan mengutip tunggakan cukai taksiran serta mengeluarkan notis pindah milik kepada pemilik premis yang belum melengkapkan proses pindah milik cukai taksiran. Pada masa yang sama, program ini memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kaedah pembayaran secara dalam talian, di samping menyediakan bantuan kepada mereka yang ingin menggunakan platform ini.

Sebagai galakan, Majlis Perbandaran Segamat turut menyediakan cenderahati kepada pembayar cukai yang menyelesaikan bayaran sehingga penggal kedua tahun 2025.

Kemudahan pembayaran melalui aplikasi kod QR turut disediakan untuk memudahkan dan mempercepatkan transaksi semasa program berlangsung.

Pihak majlis juga ingin mengingatkan semua pemilik premis dan kediaman agar menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan risiko sitaan harta alih di premis perniagaan atau kediaman.

Marilah kita bersama-sama menjayakan Program Jom Bayar Cukai dan menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

Jom Bayar Cukai – Bayaran cukai adalah tanggungjawab bersama.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA