Fungsi
- Memastikan tahap kebersihan yang tinggi di kawasan Bandar.
- Membersihkan jalan dan longkang.
- Memotong rumput di kawasan Majlis Daerah Segamat.
- Membersihkan parit-parit besar.
- Mengendalikan pembersihan bencana alam.
- Menyusun program gotong-royong.
- Mencegah dan mengawal kejadian penyakit berjangkit bawaan vektor.
Objektif
- Untuk memastikan semua premis perniagaan tred, perindustrian dan iklan dilesenkan mengikut undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.
- Membantu penjaja dan peniaga kecil mempertingkatkan aktiviti perniagaan dengan menyediakan urusniaga, gerai dan pasar.
- Untuk memastikan tempat perniagaan seperti ruang niaga, gerai dan terutamanya pasar dalam keadaan baik, teratur dan selesa untuk aktiviti perniagaan.
- Meningkatkan pengetahuan kepada pengendali makanan tentang kebersihan makanan melalui kursus yang diadakan dari masa ke semasa dan mengelakkan dari berlakunya penyakit bawaan makanan.
- Untuk meningkatkan sumber hasil Majlis dengan memastikan semua bayaran sewa dibayar mengikut jadual.( perjanjian ).
Piagam Pelanggan
- Kami berjanji akan memberikan layanan yang mesra apabila berurusan dengan pelanggan kami.
- Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan pungutan sampah dikawasan Pusat Bandar dan Taman-Taman Perumahan anda pada setiap hari.
- Permohonan untuk Lesen Perniagaan Khas dan Lesen Pasar akan diluluskan dalam tempoh 2 bulan dengan syarat permohonan disertakan dengan Dokumen-Dokumen yang lengkap.
- Permohonan untuk kelulusan Lesen Papan Iklan / Sepanduk akan diluluskan dalam tempoh masa 24 jam.
- Segala bentuk aduan akan diambil tindakan dengan kadar yang segera.