Kadar Sewa
*Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat berkuasa untuk mengurangkan atau menambahkan bayaran sewa yang telah ditetapkan atau melepaskan bayaran tersebut mengikut budibicaranya.
Cara Pemohonan :
- Majukan surat permohonan menyewa kepada Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Segamat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh kegunaan.
Peraturan Penggunaan Dewan Majlis Perbandaran Segamat
- Semua bayaran sewaan hendaklah dijelaskan sebelum menggunakan Dewan.
- Sila bawa bersama salinan resit bayaran yang bercetak komputer sahaja semasa hendak menggunakan Dewan.
- Pengguna mesti bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar dewan semasa dan selepas penggunaan.
- Pengguna dilarang keras membawa masuk sebarang makanan/minuman yang haram di sisi agama islam atau apa-apa yang boleh merosakan/mengotorkan dewan.
- Pihak Majlis Perbandaran Segamat berhak membatalkan penggunaan dewan tanpa memberi sebarang sebab.
- Sebarang syarat -syarat peraturan yang ditetapkan tertakluk kepada pindaan Majlis Perbandaran Segamat.
PERINGATAN: Majlis Perbandaran Segamat tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa penyewaan dan harta benda pengguna semasa menggunakan dewan-dewan MPS.
Bagi Badan-badan Berkanun Kerajaan yang ingin menggunakan dewan-dewan MPS perlulah membuat permohonan secara rasmi kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat.