Tawaran adalah dipelawa kepada pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa tapak perniagaan Bazar Aidilfitri di Dataran Segamat:
TARIKH EDARAN BORANG |
TARIKH TERIMAAN BORANG PERMOHONAN |
LOKASI TERIMAAN BORANG |
TARIKH TEMUDUGA |
JUMLAH LOT YANG DITAWARKAN |
TARIKH BAYARAN |
TARIKH UNDIAN TAPAK |
18/02/2020 (SELASA) 11.30 PAGI |
20/02/2020 (KHAMIS)
|
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Segamat
|
16-19/03/ 2020 (ISNIN-(KHAMIS)
|
232 LOT (1 Lot 10’ x 20’)
Jumlah Borang yang dikeluarkan 300 borang sahaja
|
Bayaran khemah : 30 MAC 2020 RM425.00/ Lot (10’ x 20’)
Bayaran Lesen
30-31 MAC 2020 RM650.00 / Lot (10’ x 20’) |
09 April 2020 (KHAMIS) 8:30 PAGI |
1. KELAYAKAN
Pemohon mestilah warganegara Malaysia 18 tahun dan keatas (penduduk tempatan) akan diberi keutamaan.
- 1 Pemohon maksima 2 lot
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak Majlis Perbandaran Segamat.( Seperti di lampiran)
3. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah di buat dengan menggunakan Borang Permohonan Bazar Aidilfitri yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Segamat secara percuma berserta dokumen seperti berikut.
- 1 Salinan Kad Pengenalan
- 1 Salinan Bil Elektrik atau Air terkini
4. TARIKH PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Penguatkuasa dan Perlesenan Majlis Perbandaran Segamat, pada atau sebelum 20 FEBRUARI 2020 ( KHAMIS ) jam 12.00 tengahari.
5. PEMILIHAN
Hanya permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).