OPERASI BERSIH CUCI BANDAR
Jabatan Kesihatan Persekitaran, bersama Jabatan Penguatkuasaan & Keselamatan, Majlis Perbandaran Segamat (MPS), telah melaksanakan satu operasi khas yang tertumpu di sekitar siar kaki lima dan kawasan tumpuan awam di Segamat. Operasi ini bertujuan memastikan kebersihan dan keselamatan kawasan awam, demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Operasi ini akan dijalankan secara rutin setiap minggu bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selamat, dan selesa untuk semua. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SWM Segamat, SWCorp Cawangan Segamat, di atas kerjasama yang mantap dalam menjayakan operasi ini. Kehadiran mereka amat dihargai dalam usaha bersama untuk menjaga kebersihan dan kesejahteraan Segamat.
Kebersihan bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa atau pihak yang terlibat secara langsung, tetapi ia adalah tanggungjawab bersama. Setiap individu mempunyai peranan penting dalam memastikan persekitaran kita kekal bersih dan selamat. Dengan menjaga kebersihan, kita bukan sahaja mencipta ruang yang lebih selesa, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan awam yang lebih baik.
Sarap pagi di Warung Mak Ita,
Lontong darat pembuka selera,
Segamat kita, semangat kita,
Bersih, segar, dan sejahtera.
Kongsi meja dengan Pak Selamat,
Pesan juga menu yang sama,
Inilah kami warga Segamat,
Budaya bersih, tanggungjawab bersama.
Ayuh, bersama-sama kita jadikan Segamat sebagai contoh yang cemerlang dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan persekitaran!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor