Pengenalan
- Memastikan semua jenis pembangunan dimajukan dikawalselia dengan teratur dan sempurna mengikut apa yang telah dirancang, peruntukan undang-undang dan keperluan semasa
- Memastikan semua permohonan bagi tujuan pembangunan atau permohonan lain yang berkaitan dengan pembangunan diproses dengan teratur dan diputuskan mengikut tempoh masa yang ditetapkan
Fungsi
Bahagian Pelan Bangunan & Pelan Struktur
- Memproses Pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki
- Memproses Permohonan Pelan Tambahan/Ubahan
- Memproses Permohonan Permit Kerja-kerja Kecil Bangunan
- Memproses Permohonan Pelan Kerja Tanah Jalan Dan Perparitan
- Memproses Permohonan Lanjutan Kelulusan Pelan Bangunan & Pelan Tambahan/Ubahan yang telah lulus
- Penguatkuasaan Ke Atas Bangunan yang melanggar syarat
- Memberi ulasan kepada Bahagian Pusat Setempat (OSC)
Bahagian Penyelenggaraan Dan Projek
- Memastikan aduan orang ramai diproses dalam tempoh 48 jam
- Mengenalpasti aduan orang ramai berkenaan jalan dan parit yang rosak dan membuat anggaran kos pembaikan untuk di masukkan dalam bajet
- Mengurus dan membaikpulih serta memohon peruntukan bagi menyelesaikan masalah pembayar cukai.
- Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan efisyen bagi menangani masalah yang diutarakan oleh pembayar cukai dengan melaksanakan kerja membaikpulih dengan segera dan menepati spesifikasi.
- Merancang Projek Pembangunan Dan Infrastruktur
- Mendapatkan Peruntukan
- Menyediakan Spesifikasi Dan Dokumen Tawaran
- Menyelia Projek
Piagam Pelanggan
- Permohonan untuk kelulusan pelan bangunan rumah sesebuah dan bangunan yang tidak melebihi 3 tingkat akan diluluskan dalam tempoh 2-3 bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen yang lengkap serta mendapat sokongan Jabatan ini dan lain-lain Jabatan yang terlibat.
- Permohonan untuk kelulusan pelan projek perumahan, bangunan kilang dan bangunan empat tingkat keatas akan diluluskan dalam tempoh 3-4 bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen yang lengkap serta mendapat sokongan Jabatan ini dan lain-lain Jabatan yang terlibat.
- Permohonan untuk kelulusan pelan ubahan / tambahan pada bangunan sedia ada akan diluluskan dalam tempoh 5 - 9 minggu dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen yang lengkap dan mendapat sokongan jabatan ini.
- Sijil kelayakan menduduki (CFO) akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu selepas dikemukakan Borang E dengan mematuhi semua syarat - syarat yang dikemukakan serta memperolehi sokongan jabatan ini dan lain - lain jabatan yang terlibat.