Fungsi
Bahagian Penguatkuasaan Am
- Menguatkuasakan Akta-akta dan Undang-undang yang digunapakai oleh Majlis Daerah Segamat.
- Membuat rondaan dan kawalan di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Segamat
- Menyiasat dam mengambil tindakan terhadap aduan – aduan awam berkaitan pelanggaran undang-undang Majlis Daerah Segamat.
- Mengeluarkan tawaran kompaun dan notis bagi kesalahan – kesalahan dibawah undang-undang Majlis Daerah Segamat.
- Membuat sitaan keatas gerai – gerai MDS yang mempunyai tunggakan.
Bahagian Trafik
- Menguatkuasakan Perintah lalulintas jalan ( Peruntukan Tempat Letak Kereta ) MDS (2003)
- Membuat rondaan dan kawalan dikawasan tempat letak kereta didalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Segamat.
- Mengeluarkan Tawaran Kompaun keatas kesalahan – kesalahan yang dilakukan dibawah Perintah Lalulintas Jalan ( Peruntukan Tempat Letak Kereta ) Majlis Daerah Segamat (2003)
Piagam Pelanggan
- Kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anda berhubung dengan undang-undang.
- Kami akan menjamin anda dilindungi oleh Undang-undang & bukannya ditindas oleh Undang-undang
- Kami akan menguruskan rayuan kompaun dalam masa 5 minit.
- Kami akan menyiasat aduan yang diterima dalam tempoh 24 jam & mengambil tindakan sewajarnya .
- Kami menjamin hak kepentingan anda disisi Undang – Undang.