Pengenalan
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta adalah sebuah jabatan yang melaksanakan tugas penilaian bagi tujuan cukai harta setiap pegangan yang boleh dikenakan cukai di dalam kawasan Majlis Daerah Segamat bagi menyumbangkan pendapatan melalui cukai harta dan menguruskan harta milik Majlis.
Fungsi
- Mengukur periksa dan menilai bangunan baru, bangunan ubahan tambah, ubahsuai bangunan bagi tujuan dikenakan cukai harta.
- Menetapkan nombor bangunan dan nama jalan bagi permohonan layak menduduki di dalam kawasan Majlis Daerah Segamat.
- Melayan kes bantahan
- Memproses pindahmilik bil cukai harta
- Mengendalikan kes pulangan kadar bagi bangunan yang tidak diduduki (Remisi) di bawah Sekseyen 162, Akta 171.
- Mengendalikan kes pengecualian dan pengurangan kadar
- Memproses kes pembatalan cukai dan kes meminda no bangunan
- Melayan permohonan memdapatkan maklumat pegangan.
- Membuat penilaian semula setiap 5 tahun sekali
- Membuat permohonan melanjutkan penggunaan Senarai Nilaian dan penggunaan kadar dari Pihak berkuasa Negeri.
Piagam Pelanggan
- Menjanjikan layanan yang mesra setiap masa dan bersedia memberi penerangan kepada pembayar cukai.
- Permohonan carian maklumat akan diproses dalam masa 5 minit.
- Pindah milik harta akan diproses dalam tempoh 5 hari sahaja dengan syarat semua dokumen lengkap.
- Segala keputusan bantahan / layanan cukai harta akan di beri jawapan dalam tempoh (1) bulan.