Pengenalan
Jabatan ini telah diwujudkan pada tahun 2001 dengan pengambilan seorang Pegawai Perancang Bandar & Desa dan seorang Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa. Bertaraf bahagian pada ketika itu, fokus utama Bahagian Perancang Bandar Dan Landskap (BPBL) adalah untuk menyelaras fungsi dan tanggungjawab MDS sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan seperti yang terkandung dalam Akta 172. Penubuhan BPBL telah melibatkan penyusunan semula organisasi dengan Unit Pengindahan Bandar, Bahagian Kesihatan, Pelesenan Dan Pengindahan Bandar dipindahkan ke BPBL dan dikenali sebagai Unit Senitaman Dan Rekreasi. Unit tersebut kemudiannya ditukar nama sebagai Unit Landskap. Pada tahun 2011, Bahagian ini dinaiktaraf menjadi Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap.
Fungsi
A. MENGAWAL PEMBANGUNAN FIZIKAL DI KAWASAN MAJLIS DAERAH SEGAMAT SELARAS DENGAN MATLAMAT BAHAGIAN DENGAN CARA:
- Menerima, memproses, menyemak dan mengemukakan ulasan perancangan bagi pertimbangan Mesyuarat OSC terhadap semua permohonan selaras dengan keperluan piawaian perancangan semasa. Permohonan yang dimaksudkan adalah seperti:
- Kebenaran Merancang
- Kebenaran Merancang Pembinaan Bangunan
- Kebenaran Merancang Ubahan / Tambahan Bangunan
- Kebenaran Merancang Terhad.
- Memberi ulasan teknikal dalam aspek perancangan fizikal dan kegunaan tanah terhadap permohonan tanah kerajaan, permohonan lesen pendudukan sementara, permohonan lesen perniagaan, lanjutan tempoh pajakan dan projek-projek penswastaan negeri.
- Memastikan pembangunan prasarana dan kemudahan sosial selaras dengan strategi pembangunan kawasan MDS.
- Memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tapak menepati zon gunatanah serta perancangan yang telah ditetapkan.
B. MERENCANA PEMBANGUNAN FIZIKAL DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH SEGAMAT DENGAN :
- Mengurus, menyelaras & menyediakan rancangan-rancangan pembangunan yang berkaitan bagi keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Segamat selaras dengan peruntukan Akta 172.
- Menjalankan kajian kesesuaian tapak kemudahan awam, mengenalpasti isu-isu pembangunan & mengemukakan dasar dasar pembangunan sebagai panduan.
- Menterjemah Dasar Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan seterusnya merangka dan menyediakan garis panduan perancangan dan pembangunan yang selaras di peringkat Majlis Daerah Segamat.
- Memastikan penawaran dan permintaan pembangunan spatial sentiasa seimbang, selaras dengan fungsi Bandar Segamat.
- Bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat serta ulasan dari sudut perancangan kepada mana-mana pihak yang memerlukannya, sama ada pihak swasta, orang ramai, jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan dan juga kepada pihak Majlis sendiri.
C. MEWUJUDKAN SATU PERSEKITARAN BANDAR YANG MENARIK DAN KONDUSIF UNTUK PEMBANGUNAN SEKTOR EKONOMI UTAMA DAN JUGA PEMBANGUNAN INSAN SELAIN MENINGKATKAN IMEJ MAJLIS DAERAH SEGAMAT DENGAN CARA:
- Menerima, memproses dan seterusnya memberikan ulasan kepada mesyuarat jawatankuasa MDS untuk kelulusan pelan landskap.
- Merancang dan melaksanakan projek-projek landskap dalam kawasan Majlis Daerah Segamat.
- Merancang dan membangunkan taman-taman permainan kanak-kanak dan juga taman-taman rekreasi dalam kawasan Majlis Daerah Segamat.
- Menyelenggara landskap MDS seperti memangkas, menyiram, meracun, membaja dan mengganti pokok-pokok.
- Menyelenggara taman-taman rekreasi dalam kawasan Majlis Daerah Segamat.
- Menambah stok pokok-pokok melalui penyiraman, pertukaran, derma serta hutan rimba.
- Menyediakan hiasan landskap bagi acara-acara rasmi kerajaan.
- Menyelesaikan aduan-aduan awam yang berkaitan dengan landskap seperti penebangan pokok merbahaya, cantasan pokok-pokok yang menghalang pandangan dan lain-lain aduan yang berkaitan.
Objektif
- Memastikan pembangunan adalah sejajar dengan peruntukan perundangan, dasar-dasar kerajaan, keperluan perancangan, keseimbangan persekitaran dan selaras dengan keperluan serta kehendak masyarakat tempatandan merancang pembangunan fizikal dengan tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosio-ekonomi, peningkatan taraf hidup, keseimbangan persekitaran fizikal, sosial dan rohaniah, dan juga kesejahteraan hidup selaras dengan aspirasi dan citarasa masyarakat tempatan.
Piagam pelanggan
- Memberi layanan yang mesra dan cekap.
- Memproses permohonan kelulusan pelan landskap dalam masa 1 bulan
- Memberi maklumat guna tanah yang lengkap dan cepat.
- Mengemukakan ulasan permohonan daripada Jabatan Teknikal dan Agensi Kerajaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat permohonan di terima.
- Keputusan permohonan pelan susun atur di berikan dalam tempoh 3 hingga 4 bulan dari tarikh permohonan tertakluk kepada pematuhan syarat Jabatan Teknik yang di tetapkan.









