Pengenalan
Bahagian Perbendaharaan merupakan bahagian yang bertanggungjawab menguruskan segala urusan kewangan di Majlis Daerah Segamat. Terdiri daripada Bahagian Hasil dan Bahagian Perbelanjaan & Perakaunan.
Fungsi
Bahagian Hasil
- Menguruskan segala penerimaan, mengemaskini dan penyelenggara rekod penerimaan.
- Menyelenggara sistem kutipan, sistem cukai taksiran, sitem lesen dan sewa gerai.
- Menyelenggara dan menguruskan pengebilan cukai taksiran, lesen dan sewa.
- Menyelenggara dan mengemaskini rekod/data cukai taksiran, lesen dan sewa.
Bahagian Perbelanjaan & Perakaunan.
- Merancang perbelanjaan yang akan dilakukan dengan berpandukan anggaran belanjawan tahunan.
- Menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod perbelanjaan.
- Menyelengara dan mengemakini pengurusan akaun amanah.
- Menyelenggara rekod dan data bagi penyediaan penyata tahunan.
- Menguruskan dan menyelenggara belanjawan tahunan.
- Menguruskan dan menyelenggara rekod stor bekalan pejabat.
Objektif
Memastikan pengurusan kewangan dan pengurusan hasil majlis diuruskan segala cekap dan selaras dengan peraturan kewangan, belanjawan majlis, arahan perbendaharaan, pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa.
Piagam pelanggan
- Menjalankan segala aktiviti kewangan Majlis Daerah Segamat dengan cekap dan jujur bagi memastikan pengurusan Majlis Daerah Segamat terpelihara.
- Memperuntukkan punca-punca kewangan menurut keutamaan program dan projek untuk di masukkan ke dalam anggaran.
- Memastikan perbelanjaan Majlis Daerah Segamat tidak melebihi anggaran perbelanjaan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
- Menjalankan apa jua tugas dan tanggungjawab yang bertujuan untuk kemajuan dan kesempurnaan pengurusan kewangan Majlis Daerah Segamat.









