MENU

 

Perutusan Rasmi dari,
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Segamat

Assalamualaikum Wbt…

Alhamdullilah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan keizinan Nya, Laman Web Majlis Perbandaran Segamat atau MPS telah berjaya diterbitkan pada 1 Mac 2005, untuk faedah kita bersama. Harapan saya agar Laman ini akan digunakan sebagai satu saluran maklumat terkini yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat yang terkini berkaitan dengan MPS ke serata dunia melalui Internet. Malah, maklumat mengenai sejarah dan pentadbiran MPS dapat diperolehi dengan lebih tepat dan cepat.

Usaha mewujudkan laman web ini merupakan satu titik permulaan yang baik. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai rakyat di negara ini celik IT dan secara tidak langsung menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang teknologi maklumat.

Selaras dengan matlamat kerajaan dalam jangka panjang mewujudkan sebuah kerajaan tanpa kertas atau "paperless government". Laman Web MPS ini juga akan memuatkan maklumat- maklumat berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis, kawasan pelancongan, perindustrian dan rekreasi. Peluang ini akan dieksploitasi oleh Majlis untuk menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di Segamat.

Orang ramai juga boleh mengambil peluang dari maklumat di Laman Majlis untuk meninjau peluang-peluang ekonomi yang akan diwujudkan. Akhir sekali saya berharap kewujudan laman web ini akan dapat memenuhi fungsinya sebagai sumber rujukan dan ilmu yang berguna kepada masyarakat dalam dan luar negeri ini pada masa hadapan dan bukan setakat memenuhi keperluan untuk mempunyai sebuah laman web semata - mata.

Saya mengalu-alukan interaksi anda terhadap Laman Web MPS ini untuk diperbaiki dan juga terhadap pembangunan daerah Segamat secara keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.

Yang Di Pertua,

Majlis Perbandaran Segamat

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA