MENU

 

PERHIMPUNAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT - 15 JANUARI 2025 | RABU

Pada pagi ini, Majlis Perbandaran Segamat telah mengadakan Perhimpunan Rasmi bagi bulan Januari 2025. Acara dimulakan dengan penuh semangat melalui nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, Lagu Perkhidmatan Awam, dan Lagu Rasmi MPS.

Seterusnya, bacaan Ikrar Taat Setia diketuai oleh Tuan Setiausaha, Encik Mohd Fazle bin Mohd Yusop, bersama seluruh kakitangan MPS.

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato' Haji Shari@Shangari, yang memberikan amanat penting untuk memulakan tahun ini dengan komitmen dan dedikasi.

Acara turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada Johan Konvensyen KIK Negeri Johor 2024, iaitu Kumpulan Polaris. Tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan! 👏

Tidak dilupakan, Anugerah Kakitangan Terbaik Bulan Disember 2024 dan Jabatan/Unit Terbaik Bulan Disember 2024 turut disampaikan sebagai penghargaan atas kecemerlangan dan dedikasi kakitangan serta jabatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini. Semoga semangat ini terus membara dalam merealisasikan visi Majlis Perbandaran Segamat! 💪

Allah Selamatkan Sultan

Allah Pelihara Johor

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA