
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT
Segamat, 5 Mac 2026 – Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuan Yang Dipertua MPS yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari, Setiausaha MPS Encik Mohd Fazlee bin Moh Yusop, barisan pengurusan serta kakitangan Majlis Perbandaran Segamat.
Program dimulakan dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak bertajuk “Baitulmuaddis : Kiblat Pertama, Amanah Selamanya”, yang memberi pengisian rohani serta peringatan mengenai kepentingan perpaduan dan keprihatinan terhadap umat Islam sejagat.
Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah, diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama dan solat Maghrib berjemaah.
Penganjuran majlis seperti ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan semangat kebersamaan serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja Majlis Perbandaran Segamat.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor









