- Perolehan Bekalan
- Perkhidmatan (Perunding & Bukan Perunding)
- Kerja
Apa itu TCC?
TCC ialah sijil yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebagai pengesahan bahawa syarikat/kontraktor mematuhi semua kewajipan cukai yang ditetapkan.
Mengapa TCC Diperlukan?
Langkah ini adalah selaras dengan usaha MPS meningkatkan tadbir urus, ketelusan, serta mematuhi peraturan perolehan kerajaan. Hanya syarikat yang mempunyai TCC yang sah dibenarkan menyertai proses sebut harga/tender, pendaftaran kontraktor, serta pembayaran kontrak di MPS.
Mari bersama MPS memastikan urus tadbir kewangan yang telus dan berintegriti demi kemajuan Segamat.









