- Memastikan perkhidmatan bandar yang terbaik dan menyediakan kemudahan awam di seluruh kawasan Majlis.
- Mewujudkan perancangan strategik untuk membangunkan bandar, mengurangkan masalah lalulintas dan pencemaran alam sekitar.
- Mewujudkan bandar yang bersih dan indah.
- Mempertingkatkan kemudahan awam dan menggalakkan sektor pelancongan dan kebudayaan sejajar dengan dasar kerajaan dan aspirasi rakyat.
- Mewujudkan perkhidmatan yang efisyen dan efektif melalui permodenan sistem pentadbiran Majlis selaras dengan pembangunan IT.
- Meningkatkan kawalan dan penyeliaan pengeluaran lesen perniagaan, permit, kelulusan pelan-pelan bangunan dan projek-projek pembangunan.
- Memastikan sistem kewangan Majlis efektif dan mempunyai akauntabiliti.
- Mempertingkatkan program-program pembangunan kemanusiaan kepada kakitangan dan penduduk kawasan Majlis.