PROGRAM JOM BAYAR CUKAI
TARIKH : 16 JANUARI 2025
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN JEMENTAH
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
Program ini diketuai oleh Tuan Setiausaha, Majlis Perbandaran Segamat bersama dengan Jabatan Kewangan (Unit Tunggakan Cukai), Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta .
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk melaksanakan kutipan tunggakan cukai taksiran di samping membuat notis pindah milik bagi pemilk yang masih belum membuat proses pindah milik cukai taksiran. Di samping itu, tindakan kompaun di lapangan juga dilaksanakan di lapangan.
Pihak Majlis juga telah menyediakan kemudahan pembayaran melalui aplikasi kod QR yang memudahkan urusan transaksi yang lebih cepat dan efisyen semasa berada di lapangan
Orang ramai terutama pemilik premis atau kediaman diingatkan agar menjelaskan sebarang tunggakan cukai taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan supaya dapat mengelakkan sitaan harta alih di dalam premis perniagaan/kediaman.
Jom Bayar Cukai. Bayaran cukai adalah tanggungjawab bersama