OPERASI PEMERIKSAAN PREMIS PERNIAGAAN
TARIKH : 7 JANUARI 2025
Satu operasi pemeriksaan premis perniagaan telah dilaksanakan di sekitar kawasan Taman Yayasan melibatkan Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan. Operasi ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, demi menjaga kesejahteraan komuniti serta memastikan premis perniagaan beroperasi dengan mematuhi syarat yang sah.
Sebanyak 13 kompaun telah dikeluarkan semasa operasi berkenaan, yang mana ianya melibatkan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017 dan Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDS) 2011.
Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan akan terus komited dalam memastikan premis-premis perniagaan di kawasan ini sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, sekaligus melindungi kepentingan pengguna serta masyarakat umum.
Kami mengingatkan semua pemilik perniagaan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ada, bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor