Hari Kedua Festival Tekstil Segamat 2025!
Hari kedua Festival Tekstil Segamat 2025 di Dataran Segamat telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan kemeriahan! Berikut adalah sorotan aktiviti menarik hari ini:
Autoshow Meriah
Peminat kereta dan motor tidak ketinggalan memeriahkan festival dengan pelbagai kenderaan klasik, modified, dan eksotik yang dipamerkan. Para pengunjung teruja menyaksikan kreativiti dan keunikan hasil modifikasi yang ditampilkan oleh pemilik kenderaan.
Konsert Live Band
Suasana malam dihidupkan dengan persembahan hebat daripada band-band tempatan yang memukau penonton dan menggamatkan suasana menjadikan malam di Dataran Segamat penuh kenangan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan hari kedua festival ini. Jangan lupa, esok masih ada pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan.
Jumpa anda esok untuk hari terakhir yang lebih mengujakan!