MENU

28 Januari 2026 - JKKN Johor mengadakan satu mesyuarat perbincangan bersama Majlis Perbandaran Segamat bagi membincangkan perancangan awal penganjuran Festival Kota Selatan 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 27 September 2026.

Pelbagai cadangan pengisian menarik telah dibincangkan dengan fokus utama untuk menonjolkan Bandar Segamat sebagai bandar budaya dan warisan, sekali gus memperkukuh peranan Segamat sebagai destinasi pelancongan seni dan budaya negeri Johor, bersempena Tahun Melawat Johor sekaligus Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam masa yang sama, pihak JKKN Johor turut mengadakan lawatan tapak sekitar Bandar Lama Segamat dan kawasan Dataran Segamat bagi menilai potensi lokasi serta kesesuaian ruang bagi pelaksanaan program dan aktiviti festival.

Perbincangan dan kerjasama strategik ini diharap dapat memastikan penganjuran Festival Kota Selatan 2026 dilaksanakan secara tersusun, berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada komuniti setempat serta sektor pelancongan budaya.

Links

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA