MENU

OPERASI PENGUATKUASAAN KENDERAAN BERAT | 16 JANUARI 2025 | KHAMIS

Pada 15 Januari 2024, satu operasi penguatkuasaan kenderaan berat telah dilaksanakan di sekitar kawasan Taman Yayasan dan Bukit Siput. Operasi ini dijalankan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi keselamatan jalan raya.

Tindakan kompaun telah dikenakan kepada pemilik atau pemandu kenderaan berat yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ini adalah sebagai pengajaran untuk memastikan semua pemandu kenderaan berat lebih bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang yang ada.

Pihak berkuasa menegaskan pentingnya kerjasama dari semua pihak, khususnya pemandu kenderaan berat, untuk mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

 

Links

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA