
Kunjungan Hormat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat | 17 Januari 2025
Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato' Haji Sha'ri@Shangari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Imigresen Daerah Segamat Puan Norhayati Binti Abu Bakar dan pegawainya Encik Ezany Bin Abdullah pada pagi ini. Majlis juga dihadiri oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Segamat, Encik Mohd Fazle Bin Mohd Yusop dan Pegawai Penguatkuasa MPS, Encik Aidil Bin Ismail.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor









