MENU

 

LAWATAN PEMANTAUAN PASAR AWAM SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025 DI PASAR AWAM SEGAMAT | 17 JANUARI | JUMAAT

✨Sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2025, Majlis Perbandaran Segamat telah mengadakan lawatan pemantauan di Pasar Awam Segamat bagi memastikan kelancaran operasi dan keselesaan para peniaga serta pengunjung. Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat, Tuan Haji Mohd Helmi Bin Dato' Haji Sha'ri @ Shangari diiringi Pegawai Kesihatan MPS, Encik Mohd Firdaus Bin Zainal turut sama dalam lawatan ini bagi menemui peniaga-peniaga di Pasar Awam Segamat ini.

✅Tujuan lawatan ini termasuk:

-Memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi untuk perayaan.

-Memantau harga barang bagi memastikan ia berpatutan dan mematuhi undang-undang kawalan harga.

-Menilai kebersihan dan keselamatan kawasan pasar awam.

🌟Kami berbesar hati melihat sambutan hangat para peniaga dan pengunjung yang bersama-sama menjaga keharmonian dan semangat muhibah, sejajar dengan semangat perayaan ini.

🙏Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama memastikan pasar awam ini kekal kondusif dan selesa.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

Links

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA