
PROGRAM JELAJAH PRIHATIN PEMBUKAAN KAUNTER BAYARAN UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT | 06 FEBRUARI 2025 | KHAMIS
Program Jelajah Prihatin Pembukaan Kaunter Bayaran Lesen Majlis Perbandaran Segamat diadakan pada hari ini bertempat di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kemudahan perkhidmatan bayaran lesen, cukai taksiran dan bayaran kompaun kepada penduduk setempat terutama para peniaga.
Dalam Program Jelajah Prihatin ini, Majlis Perbandaran Segamat telah memberikan penerangan kepada para peniaga mengenai kepentingan pelesenan dan kemudahan perkhidmatan yang disediakan. Antara topik yang dibincangkan termasuk jenis-jenis lesen yang diperlukan untuk perniagaan, prosedur permohonan dan pembaharuan lesen, serta syarat dan peraturan berkaitan pelesenan. Sesi soal jawab turut diadakan bagi menjawab sebarang pertanyaan daripada peniaga, memastikan mereka mendapat maklumat yang jelas dan lengkap untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.
Program ini merupakan salah satu program turun padang bersama jabatan-jabatan seperti Jabatan Pelesenan, Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Jabatan Penguatkuasaan bagi melihat sendiri keperluan atau menangani aduan awam.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor









