Tawaran adalah dipelawa kepada pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa tapak perniagaan Bazar Ramadan :
1. KELAYAKAN
Pemohon mestilah warganegara Malaysia 18 tahun dan keatas (penduduk tempatan) akan diberi keutamaan.
- 1 Pemohon maksima 2 lot
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak Majlis Perbandaran Segamat.( Seperti di lampiran)
3. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah di buat dengan menggunakan Borang Permohonan Bazar Ramadan yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Segamat secara percuma berserta dokumen seperti berikut.
- 1 Salinan Kad Pengenalan
- 1 Salinan Bil Elektrik atau Air terkini
4. TARIKH PERMOHONAN
Borang Permohonan tidak boleh dibawa pulang dan perlu diserahkan pada tarikh permohonan.
(Pada Waktu Pejabat)
5. PEMILIHAN
Borang permohonan adalah TERHAD berdasarkan kepada jumlah tapak yang ditawarkan bagi setiap lokasi tapak Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Segamat 2020.